Thursday, 17 January 2013

Santapan Minda 2
5 Golongan yang menempuh gagal

  1. Pembuang masa – golongan ini memang ’favourite’ antara kita. Malah kita sendiri mungkin juga kadangkala termasuk di dalamnya. Golongan ini digelar ’curi tulang’ ketika bekerja, melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti membaca akhbar, chatting online dan bersembang kosong.

  1. Pemberi alasan – golongan ini juga mudah untuk kita sertai. Mereka ini seringkali mudah memberi alasan dari memikul tanggungjawab. Kata-kata Dato Dr Fadzilah Kamsah, ”orang lain buat duit, kita buat alasan”. Golongan ini mempunyai 1001 alasan. Lebih teruk lagi, mereka sudah ada alasan standard atau template untuk digunakan pada bila-bila masa! 

  1. Sering menyalahkan orang lain – golongan ini sering menyalahkan orang atau persekitarannya sebagai penyebab mereka tidak berjaya. Alasan kerja tidak siap, ”boss tak tunjuk ajar cara yang betul”. Alasan gagal dalam peperiksaan, ”guru tak pandai mengajar, tak faham”. Alasan berperangai buruk, ”kawan-kawan penyebab kita berperangai begitu”. Maka dia sahajalah yang betul!

  1. Berfikiran negatif – memang lumrah manusia mudah berfikir negatif berbanding positif. Yang menjadi masalahnya ialah mereka menyuarakan fikiran negatif tersebut seterusnya menyebarkan virus-virus berkenaan. Tidak cukup dengan diri kita, ditambah lagi dengan keadaan di mana terdapat suara-suara negatif di sekeliling kita.

  1. Tidak berusaha menambah ilmu – golongan ini kalau menambah ilmupun, ianya untuk dijaja agar mendapat kenaikan pangkat dengan segera. Ilmu boleh didapati di mana-mana, melalui pengamatan sekeliling, dari buku dan majalah, melayari internet, menghadiri majlis ilmu ataupun rujuk dari mereka yang lebih berilmu. Dalam al Quran disebut perkataan ilmu sehingga 700 kali. Menunjukkan betapa pentingnya ilmu!
         Wallahua’lam
         Petikan dan suntingan dari ’Solusi’ panduan hidup bersyariat.
 





No comments:

Post a Comment