Kualiti hati pada kemanisan IMAN
Kata pujangga hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi dengan tangisan dan diakhiri dengan tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa hidupnya dicelahi dengan tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan jua.
Mereka yang pesimis dengan hidup sering mengatakan bahawa hidup hanyalah untuk menyelesaikan masalah (life is to solve problems). Sebaik selesai satu masalah, masalah baru akan menjelma..tidak lebih daripada itu. Malah ada yang lebih pesimis lagi dengan mengatakan hidup hanyalah untuk menderita!
Itu bukan sikap seorang muslim. Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk Penciptanya (Allah). Sedangkan Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita. Hakikatnya kita diciptakan untuk menikmati kenikmatan yang abadi tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan uuntuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagiaan yang sementara demi mencapai kebahagiaan yang abadi!
Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Jadi, kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan di akhirat. Hukama ada berpesan, dunia dicipta untuk manusia dan manusia dicipta untuk akhirat. Soalnya bagaimana memanfaatkan kehidupan dunia ini untuk akhirat? Apa yang perlu kita cari dan perjuangkan dalam kehidupan yang sementara ini? Bersambung...
Wallahua‘lam
Petikan dan suntingan dari ’Solusi’ panduan hidup bersyariat
No comments:
Post a Comment