PENDERAAN SEKSUAL KANAK - KANAK
Apakah Penderaan Seksual Kanak-Kanak?
Apakah Tanda-Tandanya?
Apa Yang Perlu Dibuat Apabila Mereka Mula Memberitahu?
Anda Mempunyai Peranan
Apakah Tanda-Tandanya?
Apa Yang Perlu Dibuat Apabila Mereka Mula Memberitahu?
Anda Mempunyai Peranan
Apa jua perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut
kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka,
semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.
Ini termasuk:
- Memasukkan
objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur.
- Menyentuh
bahagian sulit.
- Menunjukkan
bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak.
- Mengambil
gambar kanak-kanak dalam aksi seksual.
- Menggalakkan
kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual.
- Membuat
panggilan telefon lucah,
- Rogol.
- Seks
oral.
- Liwat.
- Pelacuran.
- Mengintai.
- Mencium.
- Mengusap.
- Mempamerkan
aksi lucah.
- Mengigau,
sukar untuk tidur, takut kepada keadaan gelap.
- Perubahan
tingkah laku secara tiba-tiba - takut, marah atau menyisihkan diri.
- Takut
pada orang atau tempat-tempat tertentu.
- Kencing
malam atau menghisap jari bagi kanak-kanak yang besar.
- Masalah
perhubungan.
- Berasa
tidak berupaya/tidak berdaya.
- Berahsia.
- Sering
bercakap tentang teman baru yang lebih dewasa.
- Mencederakan
diri atau kecenderuangan membunuh diri.
- Menagih
dadah atau alkohol.
- Memakai
pakaian berlapis-lapis.
- Maruah
diri yang rendah.
- Berperangai
seksual.
- Gagal
memberi tumpuan.
- Gangguan
pemakanan.
Walau bagaimanapun, tidak semua mangsa penderaan seksual
kanak-kanak menunjukkan tanda-tandatersebut dan tidak semua kesan ini akibat
penderaan secara seksual. Hubungi P.S. The Children, MCRI untuk bantuan.
apa Yang Perlu Dibuat Apabila Mereka Mula
Memberitahu?
- Percayalah
Kanak-kanak jarang sekali mengadakan ceriat. Mereka tidak berani untuk menceritakan sesuatu kerana bimbang tiada sesiapapun percaya kepada mereka. Mempercayai kanak-kanak adalah langkah utama dalam membantu mengatasi trauma yang mereka alami. Kata-kata seperti, "Saya percayakan kamu" atau "Itu bukan salah kamu" akan mamulihkan mereka.
- Bertenang
Kanak-kanak mungkin salah anggap kemarahan anda terhadap penderaan yang berlaku kepada mereka sebagai sesuatu yang menjijikkan. Kesabaran anda dapat membantu mengembalikan maruah mereka. Kata-kata yang meyakinkan seperti, "Kanak-kanak lain juga ada mengalami pengalaman yang sama" atau "Kita harus lakukan sesuatu," boleh mendorong mereka untuk lebih bersikap terbuka.
- Tegas
Kanak-kanak yang didera sering dikeliru dengan perasaan mereka, akibat daripada manipulasi yang dilakukan oleh pendera. Mereka harus dibenarkan dan digalakkan untuk menyatakan perasaan mereka. Perasaan mereka haruslah dipandang serius dan tegas. "Saya tahu ia bukan mudah untuk diterima", dan "Awak memang berani untuk mendedahkannya" dapat menyampaikan simpati, keprihatinan dan sokongan yang diperlukan oleh kanak-kanak.
- Membimbing
kanak-kanak untuk menghadapi situasi seterusnya
Kanak-kanak yang didera berasa tidak berupaya. Mereka perlu tahu ada pihak yang sedia membantu. Mereka juga harus diberitahu apa yang perlu dilakukan, contohnya, bagaimana mengaitkan kejadian itu, siapa yang harus diberitahu dan apakah bantuan yang diperlukan.
- Sokongan
Bercakap tentang penderaan boleh menjadi traumatik seperti mana kesan penderaan itu sendiri. Orang dewasa harus memberi sokongan kepada kanak-kanak, khususnya ketika mereka mula memberitahu. Yakinkan kanak-kanak tersebut bahawa anda sentiasa membantu selagi mereka memerlukan anda, dan bersama-sama melaluinya.
- Laporkan
kes penderaan
Ini adalah salah satu langkah untuk mencegah kes penderaan. Lagipun, ketahuilah bahawa setiap orang mempunyai mandat untuk melaporkan semua kes penderaan sahih atau disyaki dalam masa 48 jam.
Ibu Bapa
- Belajar
bercakap/mendengar perasaan kanak-kanak tentang sentuhan dan hubungan.
- Kenal-pasti
tanda-tanda penderaan seksual.
- Biasakan
diri dengan khidmat bantuan sosial, contohnya, siapa yang harus dihubungi.
Golongan Dewasa
- Tawarkan
kemahiran profesional anda, contohnya dalam bidang komunikasi.
- Sebarkan
kesedaran dan maklumat kepada umum.
- Bergiat
secara sukarela dalam agensi gabungan dan sebagainya.
- Belajar
mendengar apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak disekeliling anda.
- Sukarela
untuk dilatih sebagai para kaunselor.
Kanak-Kanak (bawah 18
tahun)
- Ketahui
siapa yang harus dihubungi.
- Ketahui
hak anda.
Pusat Penjagaan Kanak-Kanak
- Melatih
pengasuh kanak-kanak tentang topik penderaan seksual kanak-kanak.
- Melaksanakan
Polisi Perlindugan Diri di pusat penjagaan dan menyediakan sistem bantuan
dalaman dengan pihak berkuasa yang berkaitan.
- Melaporkan
kes penderaan kanak-kanak.
Pertubuhan Sukarela &
Khidmat Masyarakat
Sertai sebagai badan bertindak dan tugaskan seorang ahli
organisasi untuk melaksanakan tanggungjawab berikut:
- Belajar
kaedah memberi ceramah kesedaran menggunakan bahan-bahan P.S. The
Children, MCRI
- Memahirkan
diri dengan khidmat bantuan.
- Belajar
menggunakan kit maklumat tentang penderaan seksual kanak-kanak.
- Menghadiri
latihan yang diadakan oleh P.S. The Children, MCRI.
Kementerian Pendidikan,
Sekolah dan Universiti
- Laksana
dan sahkan Program Keselamatan Diri pada semua peringkat.
- Latih
guru dan kaunselor mengenai penderaan seksual kanak-kanak, khususnya
pengendalian pendedahan.
- Masukkan
kurikulum penderaan seksual kanak-kanak dalam pengajian perubatan, pendidikan,
undang-undang dan khidmat sains sosial di universiti.
- Laksanakan
Polisi Perlindungan.
- Galakan
usaha-usaha penyelidikan dan penerbitan.
Jabatan Kebajikan
Masyarakat
- Latih
Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan ahli Majlis Kebajikan Juvenil mengenai
Penderaan Seksual Kanak-Kanak.
- Laksanakan
Program Keselamatan Diri di pusat aktiviti.
- Latih
pegawai kebajikan bagaimana membimbing kanak-kanak untuk menghadapi
perbicaraan di mahkamah.
Polis
- Sokong
program pencegahan penderaan seksual kanak-kanak.
- Latih
ahli Kelab Pencegah Jenayah berkaitan penderaan seksual kanak-kanak.
- Mempunyai
kemahiran khusus dalam menemubual mangsa penderaan.
Media
- Didik
orang awam tentang penderaan seksual kanak-kanak lebih kerap.
- Bersikap
sensitif terhadap kanak-kanak. Jangan dedahkan nama kanak-kanak dan ibu
bapa/penjaga yang tidak bersalah. Jangan dedahkan nama pesalah jika
pesalah berkenaan adalah ayah atau saudara mangsa penderaan.
- Jangan
mengambil gambar atau menemu ramah mengsa penderaan.
- Hentikan
tumpuan terhadap kisah mangsa.
- Buat
susulan terhadap kes yang telah disiarkan.
- Sokong
kempen berkaitan seperti Minggu Kesedaran Penderaan Kanak-Kanak.
Organisasi Keagamaan
- Adakan
dialog dengan agensi gabungan tentang bagaimana pendekatan agama dapat
membantu mencegah penderaan seksual kanak-kanak.
Rumah Anak Yatim, Pusat
Perlindungan, Pusat Tahanan/Pemulihan & Pusat Kanak-Kanak Istimewa
- Latih
kakitangan tentang penderaan seksual kanak-kanak dan teknik pemulihan,
perkembangan dan kemahiran hidup kanak-kanak.
- Laksanakan
Program Keselamatan Diri untuk kanak-kanak.
- Sokong
konsep pusat tahanan dan pemulihan mesra kanak-kanak.
Sektor Perundangan
- Fahami
mangsa penderaan seksual kanak-kanak.
- Sokong
konsep mahkamah mesra kanak-kanak.
- Tawarkan
khidmat sukarela sebagai individu rujukkan.
Profession Perubatan
Kerajaan dan Sektor Swasta
- Fahami
kerumitan, mangsa penderaan seksual kanak-kanak.
- Laporkan
penderaan seksual kanak-kanak.
- Pusat
Khidmat Bersepadu Mesra Kanak-Kanak untuk kes-kes penderaan kanak-kanak,
di mana kanak-kanak diberikan janji temu dengan doktor-doktor yang
berkaitan yang berada disitu.
Badan Korporat
- Adakan
seminar penderaan seksual kanak-kanak untuk pekerja.
- Sokongan
kewangan.
- Sediakan
taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja dan kakitangan yang dilatih serta
berpengetahuan tentang penderaan seksual kanak-kanak.
Source of information:
Malaysian Child Resource Institute (MCRI),P.S. The Children Project.
tel: 03-431 1224, e-mail: mcri@po.jaring.my.
Malaysian Child Resource Institute (MCRI),P.S. The Children Project.
tel: 03-431 1224, e-mail: mcri@po.jaring.my.
Women's Aid Organisation is a partner in the Malaysian Coalition
for the Prevention of Child Sexual Abuse (MCPCSA).
TALIAN BANTUAN
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)
|
03-7956 3488
|
Pusat Krisis Wanita ( WCC, Penang)
|
04-228 0342
|
All Women Action Society of Malaysia (AWAM)
|
03-7957 0224
|
TELEDERA
|
1-800-883040
|
BEFRIENDERS
|
03-7956 8144
|
P.S. The Children
|
03-74931303
|
No comments:
Post a Comment